MAKLUMBALAS
DARIPADA
PENGGUNA
(Di
sini tidak dinyatakan nama pengguna berkenaan kerana menjaga
kehormatan dan aib seseorang) |
| 1 |
Dengan
berdoa kepada Allah swt. , ikhtiar dan usaha menggunakan minyak penawar
munajat ini, seorang isteri akhirnya telah melihat perubahan yang
ketara kepada suaminya yang selama ini agak tidak bertanggung
jawab, suka marah dan mengabaikan rumah tangga. Isteri tadi sentiasa
berdoa dan menitiskan minyak penawar munajat ini kedalam makanan
seperti kari, sup dan sayur-sayuran. Selain itu isteri tadi juga sering
menitiskan sedikit pada air minuman seperti air teh, milo yang dibancuh
pada jug atau teko untuk minuman keluarga.
|
| 2 |
Seorang
ibu telah diberitahu oleh anak perempuannya yang tinggal di asrama
bahawa dia sekarang tidak lagi mengalami hysteria kerana selalu
menggunakan minyak penawar munajat pada minuman, disapu pada nadi
pergelangan tangan dan disapu sedikit pada bahagian dada.
|
| 3 |
Seorang
ibu muda mendapati anaknya yang berusia 2 tahun yang suka menangis
apabila terjaga dari tidur pada tengah malam dan pernah menghantar ke
klinik kesihatan tetapi doktor mengesahkan tidak ada apa-apa penyakit.
Seorang ustaz mengesyorkan supaya ikhtiar dan berdoa kepada Allah swt.
dengan menyapukan minyak penawar munajat di dada, nadi pergelangan
tangan serta kening bayi tersebut apabila tidur malam. Dengan izin
Allah swt. Bayi yang berumur 2 tahun tersebut dapat tidur nyenyak
sehingga pagi dan tidak lagi menangis walaupun terjaga tengah malam.
|
| 4 |
Seorang
peniaga warung / restoran makanan telah berikhtiar sambil berdoa kepada
Allah swt. dan menggunakan minyak penawar munajat dengan menyembur atau
merenjis minyak penawar munajat ini yang telah dicampur dengan air ke
dinding, bahagian hadapan dan ke atas meja-meja serta bangku dalam
warung / restoran miliknya. Akhirnya beliau mendapati perniagaannya
yang semakin susut telah mula menampakkan kemajuan dan ramai dikunjungi
pelanggan
|
| 5 |
Seorang
ustaz yang mengajar di sebuah pondok / sekolah agama telah menggunakan
minyak penawar munajat ini kepada seorang pelajar yang telah dirasuki
atau diganggu oleh makhluk halus dengan menyapu di pergelangan tangan,
kening serta dada dan memberi minum air yang dititiskan sedikit minyak
penawar munajat ini mendapati dengan izin Allah swt. pelajar yang
diganggu makhluk halus ini akhirnya pulih. Semenjak itu pelajar tadi
sentiasa berdoa kepada Allah swt. dan berikhtiar dengan sentiasa
menggunakan minyak penawar munajat ini.
|
| 6 |
Seorang
berbangsa india telah menggunakan minyak penawar munajat ini untuk
melihat kesannya kepada anak lelaki yang sangat degil dan suka bergaduh
serta panas baran. Dimulakan dengan hanya niat yang baik
beliau
menitiskan pada makanan serta air minuman anaknya tadi dan disapukan
pada pergelangan tangan serta kening sewaktu anaknya tidur beliau
mendapati dalam masa dua minggu anaknya kelihatan semakin berubah
kepada tingkah laku atau perangai anak yang baik dan akhirnya orang
india tadi telah mengesyorkan kepada ramai kawan-kawannya.
|
| 7 |
Pengakuan
beberapa orang yang menggunakan minyak penawar munajat ini dan
termasuklah saya sendiri yang mengalami masalah sengal, lengoh,
tergeliat atau salah urat, bisa dalam badan, sakit atau senak perut dan
masalah kembung perut disebabkan angin dalam badan, penggunaan minyak
penawar munajat ini sebagai alat untuk mengurut dan disapu pada
bahagian yang sakit telah mendatangkan kesan yang mustajab dengan izin
Allah swt.
|
| 8 |
Ramai
juga para pelanggan saya yang mengatakan minyak penawar munajat ini
amat mustajab untuk minda kanak-kanak disamping doa dari kedua ibu bapa
untuk merangsang hafalan, tumpuan atau konsentrasi pada pelajaran.
Untuk melihat hasil yang berkesan penggunaannya hendaklah berterusan
dan banyakkan berdoa dan memohon pada Allah swt.
|
| 9 |
Pernah
satu kejadian di mana seorang ibu yang sedang menggoreng pisang untuk
dijual disebuah warung dan tiba-tiba terkena minyak yang
panas
pada lengannya. Secara kebetulan ibu tadi teringatkan minyak penawar
munajat dan terus melumurkan pada bahagian lengannya dan dengan izin
Allah swt. ibu tadi melihat kesan yang sangat menakjubkan dimana lengan
nya itu tidak mengalami tanda-tanda melecur akibat minyak panas
tersebut.
|
| 10 |
Seorang
wanita dari Kemaman yang mengalami masalah selalu pening kepala, tidak
bertenaga dan kurang selera makan, telah berikhtiar mengunakan minyak
penawar dengan menitiskan pada minuman, disapu pada dada, nadi pada
lengan & pergelangan tangan. Akhirnya wanita tersebut telah
mengalami rasa panas bermula dari bahagian kaki dan naik ke badan serta
bahagian kepala. Beliau terus mengulangi berikhtiar dengan minyak
penawar munajat dan pada hari kedua beliau muntah dan keluar cecair
pekat berwarna hijau. Selepas peristiwa itu beliau merasakan
kesihatannya telah beransur baik, bertenaga dan sihat sehingga
sekarang. (Wanita tersebut berkemungkinan dipercayai terkena santau)
|
| 11 |
Seorang
lagi wanita juga dari Kemaman yang selama ini merasakan selalu letih
& tidak bermaya selalu mengantuk telah berikhtiar mengunakan Minyak
Penawar Munajat dengan
menitiskan pada minuman, disapu pada dada, nadi lengan &
pergelangan tangan. Akhirnya perkara yang sama berlaku iaitu merasa
panas dari bahagian kaki terus naik kebahagian badan serta bahagian
kepala. Akhirnya wanita tadi telah pengsan dan kebetulan terdapat
seorang ustaz berada berhampiran yang menyimpan sebotol Minyak Penawar
Munajat bersamanya telah merenjiskan Minyak Penawar Munajat yang
dicampur sedikit air kepada wanita tadi. Tidak lama selepas itu barulah
wanita itu tadi sedar dari pengsan. Alhamdulillah sejak mengunakan
Minyak Penawar Munajat wanita itu telah beransur pulih dari masalah
mudah letih dan tidak bermaya dan merasa lebih sihat lagi hingga
sekarang.
|
| 12 |
Seorang
wanita muda mengalami penyakit sendawa yang agak pelik dimana
sendawanya agak kuat dan terlalu kerap sehingga mengangu pelajarannya.
Beliau telah puas berubat di hospital kerajaan dan juga swasta serta
rawatan alternatif yang lain tetapi tiada perubahan. Setelah di syorkan
oleh seseorang tentang Minyak Penawar Munajat beliau telah
menitiskan Minyak Penawar Munajat untuk diminum dan menyapu sedikit
pada nadi lengan & pergelangan tangan , bahagian dada dan
diulang
berkali-kali. Akhirnya dengan izin Allah swt penyakit sendawa yang
pelik itu telah hilang dan sehingga kini beliau terus menggunakan
Minyak Penawar Munajat.
|